Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Ujian Dari-Nya
Monday, 17 December 2012 | 21:46 | 0 comments
Assalammualaikum dan Selamat Pagi :) Harini tergerak hati lagi nak mengupdate blog. Sejak kebelakangan nie ada sesuatu berlaku di luar jangkaan aku. Allahhuakbar. Aku berdoa dan meminta kepada Dia agar aku diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menempuh ujian yang diberikan. Tapi aku hanya manusia biasa yang kadangkala tewas dan kalah dengan perasaan sendiri. Walaupun aku sebegini, tetapi Dia tetap berikan aku kebahagiaan dan kegembiraan walaupun hanya untuk seketika. Sejujurnya, aku sangatlah bahagia. Pada hari yang sama juga aku diuji. Aku kuat kerana aku ada Dia. :')

Sekarang aku berserah segala-galanya kepada Dia. Aku dah buat sehabis baik dalam perhubungan kami. Setiap kali lepas solat, tak pernah aku lupa untuk doakan kebahagiaan kami. Allahhuakbar. Ujian kali nie sangat besar buat aku. Dua tahun lebih kami bersama tak mudah untuk aku lepaskan dan lupakan dia macam tu saja. Tak mudah. "Bila dua jiwa sudah sebati tidak mudah untuk dileraikan." Itulah yang aku maksudkan. Aku tak boleh lepaskan dia bukan bermaksud kami dah terlanjur atau buat sesuatu diluar batasan antara lelaki dan perempuan. Faham kan? Aku susah sangat nak lepaskan dia sebab aku sayang dan cintakan dia sepenuh hati aku. :'D Tiada hamba Allah yang lain, hanya dia. Ada jugak orang cakap aku nak sangat dekat dia sebab "dia dari family yang kaya, untunglah hang. Kerja bank pulak tu, ada masa depan. Boleh mintak macam-macam dekat dia, mesti bagi punyalah. Untung untung untung." Dan macam-macam lagi. Ya Allah. Wahai hamba Allah sekalian, aku tak pernah langsung terfikir tu semua. Tak pernah terlintas dalam hati aku. Aku berkawan dengan dia sebab dia seorang yang bertanggungjawab, caring, penyayang dan yang paling penting bagi aku, dia boleh bimbing aku. Aku tak kisah kalau dia bukan dari family yang kaya pun dan tak handsome. Aku tak kisah. Aku boleh terima asalkan dia ikhlas dan jujur dengan aku tu pun dah cukup sangat.

Walaupun aku terasa hati, tapi Alhamdulillah. Dia adalah kurniaan Allah yang paaaaaling berharga dan tak ternilai. Aku bersyukur sangat-sangat. Dah lama aku maafkan dia. Kan setiap manusia tak pernah lari dari kesilapan. Samalah jugak macam aku. Pertemuan aku dengan dia dulu diluar jangkaan  so, tak mustahil la jugak kan kalau perpisahan aku dengan dia nanti diluar jangkaan jugak. Itu semua kerja Yang Maha Esa. Mungkin itulah yang terbaik untuk aku atau ada yang lebih baik untuk aku pada masa akan datang. Aku hanya perlu banyakkan bersabar. InsyaAllah. Sesungguhnya, aku sangat berharap yang terbaik untuk kami.


                                                        Janji Allah Itu Pasti! :')


Old things